Pada tanggal 27-28 Februari 2010..Konvoi JDM Ride`s Club telah melakukan konvoi beramai ker Cherating dan Teluk Chempedak, Kuantan...

Welcome to Kuantan kawan-kawan......

Enjoy................













Korang semua pernah tak tengok citer ni. tajuknya 'MOERO ATTACT'. Power dia yang aku ingat somersoult berpusing, piring terbang dan lain-lain lagi... Aku masa kecik dulu peminat setia citer Jepun ni. Sanggup tak pergi kelas tambahan petang, semata-mata nak tengok citer ni. heheheheheh.


Oleh pengaruh citer ni sangat kuat, aku sanggup pi beli la bola tampar dan ajak adik & kawan2 main bola tampar. Macam-masam skill yang entah apa2 entah yang kuar. hehhehehe...... Bila ingat2 balik lucu la. hua. hua hua hua ....





Anda pernah dengar tak perkataan blog?

Blog adalah satu jenis web yang berbentuk catatan tentang apa sahaja oleh penulis blog itu. Semua pendapat, atau berita, atau pengumuman, atau cerita atau apa sahaja yang berbentuk catatan akan dikategorikan sebagai blog. Jangan salah anggap bahawa blog dan website tidak boleh wujud bersama kerana sebenarnya blog wujud daripada website dan sekarang masih banyak blog terdapat dalam website. Di bawah ini ditunjukkan cara-untuk membuat blog..
-->

----SELAMAT MENCUBA....









KUANTAN: Penduduk Felda Jengka 4, dekat Maran gempar apabila seorang penduduk di tanah rancangan itu dapat merakam gambar pocong atau makhluk berbalut kain kafan menggunakan telefon bimbit dan menunjukkan gambar berkenaan, pagi kelmarin.

Lelaki terbabit, Abdul Rahman Sabie, 25, berkata kelibat pocong yang berdiri tanpa bergerak sambil merenung tajam ke arahnya dirakam di
halaman rumah jirannya sewaktu pulang ke rumahnya kira-kira jam 3 pagi.

Katanya, pocong tanpa wajah yang jelas berikutan berdiri dalam gelap mungkin makhluk sama seperti diceritakan penduduk sebelum ini, malah dia mendakwa sudah tiga kali melihat makhluk berkenaan sebelum berani merakamkannya.

"Sebaik tiba di rumah, darah rasa berderau melihat kelibat itu yang langsung tidak bergerak. Entah dari mana datang keberanian, saya

tiba-tiba bergerak ke arah kelibat itu dan merakamkannya menggunakan tele-

fon bimbit," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, dia sebenarnya bukanlah orang yang senang percaya dengan
benda pelik sebegini, namun selepas melihat dengan mata sendiri, berasa ada kebenarannya.

Katanya, untuk meyakinkan diri, dia memberanikan diri merakamkan kelibat pocong terbabit menggunakan telefon bimbitnya.

"Sebelum ini rakan sering mengusik mengenai cerita pocong terbabit biarpun mereka sendiri tidak pernah melihatnya dan berikutan itu dalam keadaan terketar-ketar saya memberanikan diri merakam gambar makhluk berkenaan.

"Saya melangkah perlahan-lahan ke arah kelibat yang berbalut kain putih berkenaan dengan harapan dapat merakam gambar yang lebih jelas, namun selepas merakamkannya, pocong terbabit hilang secara tiba-tiba.

"Melihat keadaan itu, saya tanpa berpaling terus berlari masuk ke rumah dan tidak berani melihat rakaman gambar dalam telefon bimbit berkenaan kerana terlalu takut," katanya.

Abdul Rahman berkata, sebaik bangun pada paginya, dia melihat kembali rakaman gambar berkenaan

dan jelas terlihat bayangan susuk tubuh putih memandang ke arahnya sebelum menunjukkan rakaman gambar itu kepada keluarga dan jiran.





Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

Dia pun beranikan diri dan bertanya…

”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”

“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”

Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje… ..